Selasa, 19 Oktober 2010

DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...moga-moga diri kita, zuriat kita, ahli keluarga, keturunan kita tidak terjebak seperti perkara-perkara berikut:- Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara. 1.Song. Lagu-lagu yang menghiburkan. Jika ada anak-ana...k yang tak tau mengucap tetapi boleh menghafal lagu Korea/Hindustan yang panjang berjela-jela. Ada anak-anak yang tak hafal Fatihah, tapi boleh mengingati lagu Siti Nurhaliza yang panjangnya berdepa depa. Berjaya sudah Yahudi. Hingga kita terfikir bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? 2. Sex. Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex dimana-mana sahaja. Di kaca tv, dalam filem, dalam iklan dan babak sex amat lumrah. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex?. Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. 3.Smoke. Rokok.menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mau digelar "up to date". Dulu yang merokok ini golongan pelacur saja ataupun penari kabaret (aku tengok dari filem P Ramlee) Syabas yahudi, berjaya lagi kamu. 4.Sport. Pelbagai jenis sukan ditonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan. hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss, bukan yang bermain sahaja tak sembahyang. Yang menonton pun tak sembahyang juga. Kalau menonton di rumah akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi. Sampai ada ulama' kata " Kerana sukan, sembahyang boleh tangguhkan" Masya-Allah!!! 5. Fun. Hiburan ada di mana-mana dan kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah mungkin 99 adalah majalah hiburan termasuklah majalah mangga. Yang menayangkan buah mangga artis perempuan. Kalau ada konsert, sanggup orang Islam bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert pelbagai maksiat akan diselit masuk. Yahudi terhibur lagi. 6.Female. Perempuan tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan. Kalau kita ke kedai bateri kereta di hadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi. Apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan? Kalau iklan Modess, perempuan ada patutlah. Yahudi bersorak lagi. 7.Fashion. Fesyen terutama perempuan yang bermacam- macam sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat dan bontot gebu! Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut diwarnakan sembahyang pun tak sah malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air itu tak kira yang cukur bulu kening lagi. Yahudi ketawa lagi. Umat islam sudah jadi macam Yahudi. 8. Food. Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasukalah McD, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah dipandang hina. Cuma terkenal semasa bulan Ramadhan sahaja sebab nak pahala lebih. Masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan, tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contohnya Kentucky rempahnya datang dari Amerika. Siapa nak pergi check kat kilangnya.Halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap. Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi tetapi berfikiran pun macam yahudi. Nauzubillah!!. Yahudi makan Islam lagi. Itu baru protokol yang ke 10. Yang lain-lain entah macam-macam lagi. Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah. DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH!. Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan : 1. Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh : Surah Al Baqarah - Ayat 102. 2. Anak2 pandai belajar : Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79. 3. Anak2 lembut hati/ elak panas baran : Surah Al Anbiyaa - Ayat 69 dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24. 4. Anak2 malas sekolah : Surah Toha ayat 1-5. 5. Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah. 6. Bagi anak-anak yang suka keluar malam : Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x 7. Untuk jadi pendinding rumah : Surah Al Baqarah dibaca & tiup pada air dan tabur keliling rumah 1 minit untuk mengingat Allah Langkah 1: Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih: 1. SUBHANA'LLAH 2. ALHAMDULI'LLAH 3. LAA I LAAHA ILLA'LLAH 4. ALLAHU AKBAR 5. ASTAGHFIRU'LLAH 6. LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH 7. ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI· WA SAHBIHI AJMA'EEN Langkah 2: 1. Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan . Langkah 3: 1. Ajak saudara mara dan kawan-kawan membaca posting ini kepada yang anda kasihi. Hasil 1: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT. Hasil 2: Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW. Firman Allah swt : "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat (Kami), mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhannya, sedang mereka tidak menyombongkan diri". (Surah As Sajadah ~ Ayat 15) Selamat beristiqomah ke jalan Allah SWT supaya mendapat rahmatNya dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Wasallam. Jazakallah Khairan.

Jumaat, 3 September 2010

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KE ATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN.

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA’ UNTUK CARI MENCARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

I) AHAD ATAU RABU – MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

II) ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

III) SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN;

IV) KHAMIS - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

V) SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 21 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 20 hb Oktober 2008.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda malam Qadar ialah:

1) malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.

Rabu, 21 April 2010

TANDA-TANDA ORANG BERBOHONG

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup. Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong.

Menyentuh hidung - Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila seseorang bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut - Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap - Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong.

Pergerakan mata - Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan - Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah - Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, Sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

Rabu, 24 Mac 2010

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

PENGERTIAN AKHLAK
Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4)
Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allah subhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. (Ali-Imran:190)
Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (ridwaanullah).
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM
Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak, iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam hidup ini.
Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi (bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.
Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia, hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi, politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan balasan siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
Dilakukan dengan sedar dan niat.
Dilakukan denganikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau bersalah.

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL
Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk.
Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila, peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya, salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat, pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.
Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.
Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.
Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,, membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh sifat negatif.
Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia, tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk (Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.
Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia, Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:
Beriman kepada Allah
Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah
Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan arahan kedua-duanya
Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang baik
Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
Keadilan syara
Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat
Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu, bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.
Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika, iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku dalam masyarakat.

AKHLAK YANG AGUNG
Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya:
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (Al-Qalam:4)
dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan hidup manusia baik jasmani mahupun rohani.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.

KESYUMULAN AKHLAK ISLAM
Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.
Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.
Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.
Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak sebagai:
Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.
Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda menjawab: Akhlak yang baik.
Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling baik Deennya.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH
Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:
Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat, tempat, dan masa.
Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri, akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk mengawal kebebasan peribadi seseorang.
Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan kerosakan.
Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia, perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana aspek tersebut.
Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.
Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan tabii manusia itu sendiri.

BAHAN RUJUKAN
1. ILHAM Bahan kendiri PJJ

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN
1. Jelaskan pengertian akhlak menurut pandangan Islam.
2. Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan berikan contohnya?

Ahad, 31 Januari 2010

Panduan Menyambut Kelahiran
AZAN DAN IQAMAH
"Sesiapa yang memperolehi cahayamata, maka hendaklah diazankan di telingan kanan dan diiqamahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah dari angin tiupan syaitan" (H.R. al-Baihaqi)
Bayi hendaklah dipegang dengan menghadap ke arah kiblat. Azankan pada kanannya dahulu dan kemudian barulah diqamatkan di telinga kirinya.
Hikmahnya ialah supaya perkataan pertama yang didengar oleh bayi ialah kalimah seruan azan dan iqamah yang mulia, yang mengandungi kebesaran Allah dan dua kalimah syahadah. Dengan itu seruah dakwah kepada Allah dan agama Allah lebih dahulu sampai kepada bayi tersebut daripada mendengar seruan dan hasutan syaitan.
TAHNIK
Telah berkata Abu Musa r.a maksudnya:
"Aku mendapat seorang anak lelaki lalu membawanya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu Baginda mentahnikkannya dengan kurma dan mendoakan keberkatan untuknya. Kemudian Baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku" ( H.R. Bukhari & Muslim ).
Tahnik adalah amalan memindahkan benda yang manis seperti kurma kepada lidah anak yang baru dilahirkan. Kalau tidak ada kurma, bolehlah digantikan dengan makanan lain yang manis seperti madu dan sebagainya. Ia dilakukan dengan meletakkan kurma yang lembut di hujung jari. Kemudian gerakkan jari tersebut ke dalam mulut bayi ke kiri dan ke kanan sehingga ia meliputi mulut bayi tersebut dengan kurma tadi.
MEMBERIKAN NAMA
Dari Amr bin Syuib, mafhumnya:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar memberi nama kepada anak-anak yang baru lahir pada hari ke-7 dari hari kelahirannya, menghilangkan kotoran daripadanya dan mengorbankan aqiqah untuknya" ( H.R Tirmizi )
Anak-anak hendaklah diberikan nama yang baik-baik maknanya. Abu Darda' berkata:
Rasulullah s.a.w. bersabda : "Pada hari kiamat, kamu akan dipanggil dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu. Maka hendaklah kamu memperelokkan nama-nama kamu" ( H.R. Abu Daud )
BERCUKUR DAN SEDEKAH
Dari Ibnu Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. mengaqiqahkan satu ekor kambing untuk cucunya dan berseru (diriwayatkan oleh Tirmidzi):
"Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan rambutnya. Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham"
Nabi melarang melakukan qazak iaitu mencukur sebahagian tertentu sahaja.
AQIQAH
Hukum aqiqah ialah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat digalakkan bagi yang berkemampuan. Melaksanakannya adalah satu tanggungjawab ibu bapa atau penjaga anak tersebut.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sejak anak dilahirkan tanpa sebarang tempoh masa. Ia lebih baik dilakukan pada hari ke-7, ke-14 atau ke-21.
Aqiqah untuk anak lelaki ialah dua ekor kambung atau dua bahagian lembu. Untuk anak perempuan pula, kadarnya ialah seekor kambing atau satu bahagian lembu. [Seekor lembu boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian].

Isnin, 1 Jun 2009

Contohi hikmah Rasulullah sebar risalah Islam

Di kesempatan yang lepas, ruangan ini ada menyentuh peri-pentingnya ciri-ciri utama manhaj Nabawi dihargai dan dihayati demi kecemerlangan misi dakwah. Di antara ciri utama manhaj ini ialah cahaya rahmat dan kasih-sayang yang menyelubunginya dari segenap sudut.

Islam sejak kelahirannya tidak boleh dipisahkan dengan unsur rahmat, cinta dan kasih. Unsur-unsur ini merupakan roh yang mewarnai Islam bersesuaian dengan mesej Islam yang menobatkan kesejahteraan selari dengan pengertian namanya.

Risalah Islam terbina atas paduan rasa kasih dan cinta kepada Allah SWT dan Rasul SAW serta memberi dan menghulur kasih kepada sesama manusia, haiwan bahkan alam persekitaran.

Unsur kasih, cinta dan rahmat harus digabungkan dalam diri setiap Muslim kerana ia adalah asas kekuatan dalaman dan roh Islam itu sendiri. Bersifat belas ihsan, kasih mengasihi dan membawa mesej kerahmatan kepada insan sejagat adalah satu tuntutan utama dalam hidup beragama.

Demikianlah yang harus dipupuk semenjak kecil lagi dalam diri setiap individu Muslim tidak mengira status, jantina dan peranan mereka dalam masyarakat. Mereka yang bergerak di gelanggang dakwah dan memikul imej Islam terlebih utama mesti menjiwai roh rahmat dan mahabbah (kasih sayang) kerana itulah piawai yang ditetapkan oleh Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW Sebagai Qudwah Hasanah

Maha Suci Allah yang telah mengurniakan rahmat-Nya bagi semesta alam melalui perutusan kekasih-Nya Nabi Muhammad SAW, penghulu risalah kerahmatan ke seluruh alam maya dengan akhlak, perilaku mulia dan peringatan yang baik. Benarlah firman Allah SWT yang bermaksud: Tidaklah Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan sebagai rahmat bagi sekelian alam. (al-Anbiya': 107)

Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mempamerkan akhlak yang unggul dan terpuji dalam setiap gerak geri aspek kehidupannya. Baginda SAW adalah insan yang sentiasa menjadi punca rahmat apabila hadir di suatu perkumpulan manusia lantaran dari adab sopan, sifat pemurah, lembut, lunak bicara dan juga sifat pemalunya.

Baginda SAW bukanlah seorang yang keras hati dan baginda tidak melontarkan kalam yang kesat kepada insan-insan sekeliling yang menjadi medan seruan dakwahnya.

Maka akhlak yang baik serta contoh teladan yang terpuji ini harus diterapkan dalam diri setiap Muslim. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergiat cergas dalam medan dakwah, penyampaian ilmu dan tarbiah.

Seorang sahabat bernama Hindun ibn Abi Halah r.a. adalah di kalangan mereka yang amat pandai menyifatkan peribadi Nabi SAW. Suatu ketika, beliau ditanya oleh cucunda Nabi SAW iaitu al Hasan ibn Ali r.a mengenai peribadi mulianya itu. Maka Hindun ibn Abi Halah r.a menyatakan:

"Rasulullah SAW adalah seorang yang sentiasa bersedih (kerana takut kepada Allah). Baginda SAW selalu berfikir bahkan hampir tidak sempat berehat. Baginda SAW lebih banyak berdiam, Baginda SAW tidak berbicara kecuali apabila perlu. Baginda SAW membuka dan menutup bicaranya dengan menyebut nama Allah. Perbicaraannya padat dengan makna sekalipun ringkas. Kata-katanya jelas, tidak menjurus ke arah sesuatu yang sia-sia atau berlebih-lebihan dan tiada pula yang kurang difahami. Baginda SAW tidak bersikap kasar dan tidak pernah menghina". (Syamail al-Muhammadiyyah oleh al-Tirmizi)

Kewajipan Mencontohi Rasulullah SAW Dalam Usaha Dakwah

Bagi individu yang melibatkan diri dalam arena dakwah, secara rasmi ataupun tidak, adalah menjadi kewajipan mereka menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan tertinggi.

Individu-individu ini harus benar-benar mendalami sirah Nabawi dengan sempurna kerana segala bentuk uslub (cara) dakwah yang diperlukan telah pun ditunjukkan oleh Baginda SAW melalui sunnahnya yang mulia.

Kegagalan menguasai dan mendalami sirah Nabawi serta mengenali mukjizat, kesempurnaan dan keistimewaan Baginda SAW adalah sebab utama yang melahirkan kepincangan uslub dakwah dalam Islam.

Setiap perkara, tindak tanduk, kalam yang dilontarkan harus dirujuk dengan teliti kepada sunnah Baginda SAW. Seorang pendakwah yang mahu menegur golongan yang menjadi sasaran dakwahnya itu seharusnya berfikir dan merenung dalam-dalam sama ada teguran yang bakal dilontarkan itu secocok atau tidak dengan manhaj Nabawi dan adakah tegahannya membawa lebih banyak kebaikan atau keburukan.

Baru-baru ini, berlaku dalam sebuah masjid, seorang khatib yang sedang menyampaikan khutbah Jumaat memarahi secara terbuka di atas mimbar seorang remaja yang dilihatnya sedang berbual-bual dan menulis khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mungkin disebabkan malu dan tersentak dengan teguran yang dilakukan secara terbuka itu, remaja itu terus meninggalkan masjid tersebut tanpa menunggu khutbah selesai dan meninggalkan solat Jumaat.

Adakah cara menegur seperti ini bertepatan dengan perilaku dan Sunnah Rasulullah SAW? Padahal, hukum berbual semasa khutbah diperselisihkan di kalangan ulama. Di sisi Qaul Jadid Imam Syafie menyebut, hukumnya adalah makruh dan ini adalah pendapat yang paling sahih.

Jangan disebabkan kurang bijaknya kita, kerana hendak menegakkan perkara sunat perkara wajib dikorbankan, kerana hendak mencegah perkara makruh, perkara haram dilakukan.

Ketandusan penghayatan sifat rahmat dan kasih-sayanglah yang menjadi penyebab kepada berlakunya tragedi dakwah seumpama ini. Kita tidak tahu barangkali insan yang melakukan perbuatan tersebut masih di peringkat permulaan berjinak-jinak mendalami Islam atau mendekati masjid.

Mungkin juga insan yang ditegurnya itu jahil tentang adab dan sunnah ketika menghadiri khutbah Jumaat kerana baru memeluk Islam atau telah membesar dalam suasana masyarakat yang meminggirkan agama.

Sekiranya sikap yang keras dan kasar seperti ini berterusan, Islam akan semakin jauh dan terpinggir dari hati umat Islam sendiri, apatah lagi dari hati mereka yang bukan Islam.

Ini jelas bertentangan dengan pentarbiahan Allah terhadap nabi-Nya dalam firman-Nya yang bermaksud: Sekiranya engkau bersikap degil lagi keras hati, nescaya sudah pastilah mereka akan lari dari seruan dakwahmu (wahai Muhammad). (ali-'Imran: 159)

Dalam merungkai permasalahan ini, kita hanya perlu kembali menghayati uslub dakwah dan pentarbiahan Nabi SAW. Baginda SAW telah meninggalkan pusaka yang cukup berharga untuk diwarisi oleh kita iaitu sunnahnya yang bercahaya.

Menelusuri kembali sejarah kehidupan dan sirahnya yang mulia, kita akan mendapati banyak kisah yang menunjukkan kepada kebijaksanaan Baginda SAW dalam menyampaikan dakwah dengan penuh hikmah dan peringatan yang baik.

Kita telah diingatkan kepada peristiwa seorang Arab Badwi yang telah memasuki masjid Nabi SAW, lalu dengan sewenang-wenangnya membuang air kecil di salah satu sudutnya. Para sahabat yang menyaksikan hal itu menjadi berang dan ingin menerpa ke arah lelaki Badwi tersebut disebabkan kebiadapannya mencemari rumah Allah SWT.

Rasulullah SAW bersama sifat kasih, cinta dan rahmat yang menebal di dalam dirinya menahan para sahabatnya dari bertindak melulu, kasar, mencaci serta menjatuhkan maruah insan lain.

Baginda SAW membiarkan lelaki Badwi tersebut menghabiskan sisa kencingnya tanpa menyergahnya atau melemparkan kata cacian, cercaan dan unsur-unsur yang boleh menjatuhkan maruah.

Bahkan Baginda SAW menasihati dengan baik, penuh hikmah dan kasih sayang. Dalam kekalutan itu, Baginda SAW sempat menyampaikan dengan tenang satu sunnah kepada para sahabat iaitu cara bagaimana hendak menyucikan kencing dan najis dengan sabdanya, "Jiruslah pada air kencingnya itu sebaldi air".

Hikmah kebijaksanaan Baginda SAW menghalang sahabat bertindak kasar terhadap Arab Badwi tersebut, telah dapat mengelakkan kencing Arab Badwi itu bertaburan di dalam masjid kerana melarikan diri dari para sahabat.

Rasulullah SAW juga mengingatkan peranan mereka pada akhir hadis dengan sabdanya: Sesungguhnya kalian diutuskan untuk memudahkan dan kalian tidak diutuskan untuk menyukarkan. (riwayat al Bukhari)

Melalui peristiwa ini, kita akan mendapati suatu contoh amali bagaimana harus subur merimbun di hati seorang pendakwah perasaan rahmat, cinta dan kasih terhadap golongan yang menjadi sasaran dakwahnya.

Memang sewajarnya, setiap muslim itu mencari dan mengutip bekalan ilmiah dan thaqafah Islamiah secukupnya dan bukan hanya bermodalkan sifat cemburu dan ghairah dalam memperjuangkan agama bagi menjamin pencapaian dakwah dan penyebaran risalah yang lebih gemilang. Wallahu a'lam.

Rabu, 6 Mei 2009



Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Menjaga Kerukunan Hidup Bermasyarakat
Hadith :
Dari Abi Hurairah r.a katanya : “Telah bersabda Rasulullah SAW : “ Janganlah kamu saling dengki mendengki, janganlah kamu saling tipu menipu, janganlah kamu saling belakang membelakangi dan janganlah kamu menjual di atas jualan setengah daripada kamu dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara. Orang Islam adalah saudara kepada orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayai dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaan) serta tidak boleh mendustai dan tidak boleh menghinanya. Taqwa itu di sini (Nabi berkata sambil menunjukkan ke arah dadanya tiga kali) Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu bahawa ia merendahkan saudara seIslamnya. Sekalian orang Islam atas orang Islam yang lain adalah haram darahnya, hartanya dan kehormatannya.
Riwayat Muslim

Huraian
Mengharungi kehidupan pada zaman serba moden ini memperlihatkan kepada kita akan struktur hidup bermasyarakat Islam hari ini menjadi semakin terlalu individualistik. Sesungguhnya sebagai agama “keamanan’, Islam sangat menuntut umatnya supaya menghormati sesama manusia. Antara perkara yang harus diberikan perhatian ialah seperti menjaga keselamatan nyawa daripada berlaku pembunuhan sesama sendiri, menjaga maruah di dalam masyarakat daripada segala fitnah, tuduh-menuduh dan hasad dengki, menjaga keselamatan harta benda dan sebagainya daripada kecurian, rompakan pencerobohan dan lain-lain.

Sebagai seorang Muslim kita mestilah menghormati maruah individu Muslim yang lain kerana setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab, seperti hak untuk dihormati oleh orang lain dan tanggungjawab untuk menghormati orang lain. Antara sebab mengapa puak Yahudi suka melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah dek kerana sikap tidak ambil peduli yang berlaku antara sesama umat Islam hari ini. Justeru musuh Islam berani bertindak sesuka hati menindas rakyat Palestin serta merampas tanah mereka sedangkan Israel pada hakikatnya dikelilingi negara Arab yang jumlah rakyatnya jauh lebih ramai daripada mereka. Namun malangnya mereka hanya mampu melihat kezaliman rejim Zionis ini tanpa mampu untuk berbuat apa-apa.

Sebetulnya umat Islam harus hidup sepertimana yang disebut dalam pepatah Melayu “cubit paha kiri, paha kanan terasa sakitnya”. Dengan perkataan lain, jika kita inginkan segala kebaikan untuk diri kita, maka kita juga ingin umat Islam lain juga menikmati kebaikan itu.